Thursday, October 13, 2011

BUDU PILIHAN RAMAI

Salam buat pengunjung blog ini...
khususnya pada mereka yang meminati makanan rakyat pantai Timur. Kali ini, saya ingin berkongsi sedikit mengenai makanan kegemaran saya iaitu budu..Kalau di tempat tinggal saya, budu ini diganti dengan sambal belacan yang diperah bersama asam limau..hmmm..sedap rasanya jika dimakan bersama ikan goreng atau ikan bakar. Begitu juga dengan budu, fungsinya hampir sama. Jikalau hendak menyediakan hidangan bersama budu..eloklah kiranya kita lihat antara bahan-bahan yang perlu disediakan bersama. Antaranya:

a) cili padi atau cili kampung (bil. cili terpulang pada individu)
b) bawang merah @ bawang besar yang telah dihiris nipis
c) 2 biji limau nipis @ limau kasturi

Kesemua bahan tadi dicampur bersama..Lagi sedap jika dimakan bersama ulam-ulaman seperti daun gajus, ulam raja, atau daun pegaga..Selamat Mencuba!!


LAKSAM 


Kita cerita pula satu lagi makanan yang perlu anda cuba hari ini iaitu laksam. Ia begitu sinonim dengan masyarakat pantai Timur. Bentuknya seperti kuew teow..tapi rasanya begitu lemak kerana kuahnya berasaskan ikan..mungkin anda boleh klik link di bawah untuk mengetahui lebih lanjut lagi..http://www.myresipi.com/top/detail/3265

0 ulasan:

Post a Comment