Monday, May 10, 2010

RESIPI ENAK DARI TERENGGANU


NASI DAGANG TERENGGANU

Bahan-bahan :

- 1 cawan beras pulut

- 3 cawan beras

- 1 biji kelapa (ambil santan pekat)

- 10 ulas bawang merah

- 5 ulas bawang putih

- 2 cm halia

- 1 sudu kecil halba

Cara:

  1. Beras dan pulut disatukan, cuci dan rendam semalaman
  2. Panaskan kukusan dan kukus beras pulut sehingga masak.
  3. Angkat, gaulkan dengan santan yang telah dimasukkan garam.
  4. Gaul dengan bahan yang dimayang dan halba.
  5. Masukkan semula ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi sampai masak.
  6. Angkat dan hidangkan.

KETUPAT SOTONG TERENGGANU

Bahan-bahan yg diperlukan:
- 1kg sotong sederhana besar
- 250gram beras pulut
- santan
- seinci halia dipotong halus
- 5 ulas bawang merah dipotong halus
- sesudu kecil halba
- garam
- lidi dipotong kecil

Cara:
1. beras pulut di tanak, setelah masak biarkan sejuk.
2. masukkan pulut dlm anggaran 3/4 penuh ke dlm sotong yg telah di bersihkan. Gunakan lidi utk mengemaskan hujung sotong.
3. santan dicampur dgn halba, halia, bwg merah & garam, masukkan sotong yg telah disiap ke dalam periuk. Api hendaklah kecil utk mengelakkan santan naik kepala.
4. angkat apabila sotong telah masak.

Cadangan Hidangan:

- di makan begitu sahaja atau dimakan bersama nasi putih

Tips:

1. kulit sotong yg berwarna ungu kemerahan hendaklah dibuang utk mengelakkan hanyir.
2. resepi dari Terengganu ini tidak menggunakan gula perang atau nisan atau gula seperti resepi Kelantan