Friday, January 25, 2013

2013 tahun melawat Terengganu??

2013 adalah Tahun melawat Terengganu..

Salam dan selamat sejahtera buat pembaca blog ini..
Sudah lama tidak memberi info terbaru mengenai negeri Terengganu..Negeri yang kaya dengan pantainya..

Kali ini.. saya ingin memaklumkan bahawa 2013 merupakan tahun melawat negeri Terengganu.. Jadi, kepada anda yang sudah berumahtangga.. jangan lupa buat perancangan awal sebelum bermula cuti persekolahan akan datang.. Bukan sahaja bercuti ketika cuti persekolahan, bahkan anda juga boleh merancang percutian ketika hujung minggu.. Segala aktiviti yang ingin dilakukan dirancang dengan rapi, agar masa yang diluangkan bersama keluarga adalah masa yang berkualiti.. Bagi yang masih solo, anda juga boleh merancang percutian bersama ibu, ayah serta adik-beradik.. Pilih hari dan waktu yang sesuai agar aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan ketika bercuti tidak terganggu. 

Terengganu merupakan pilihan yang tepat bagi percutian anda.. Kenapa saya katakan begini?.. Ini kerana:

  • Ia mempunyai pemandangan yang sangat cantik dan sungguh permai
  • Pelbagai jenis makanan yang unik untuk anda mencuba seperti satar, keropok lekor, nasi dagang dll
  • Tempat penginapan yang selesa dan murah
  • Masyarakat negeri ini juga agak ramah
Jadi, cepat-cepat tempah tiket penerbangan atau bas bagi yang selesa menggunakan pengangkutan  awam.. Bagi yang nempunyai kenderaan sendiri dan tidak berniat untuk menggunakan pengangkutan awam, pastikan anda memeriksa kenderaan anda sebaiknya sebelum memulakan perjalanan untuk sampai ke destinasi anda ♥♥

Jika inginkan maklumat lanjut mengenai tempat penginapan dan tempat-tempat menarik, anda boleh lihat dalam artikel saya yang lepas..

Selamat Bercuti  :)

2013 tahun melawat Terengganu....

Friday, June 22, 2012

Pulau-pulau di Terengganu

Kali ini saya ingin kongsikan kepada anda mengenai pulau-pulau yang ada di Terengganu. Pulau-pulau yang semulajadi wujud di negeri warisan pesisir air ini sungguh cantik dan memikat hati. Kepada anda yang ingin melancong ke Terengganu, jangan lupa ke pulau-pulau seperti yang saya kongsikan pada artikel kali ini.

Antara pulau-pulau tersebut ialah:


Pulau Perhentian



Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. Ianya dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu. Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ianya telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar.


Pulau Kapas


Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti MarangTerengganu. Namanya berasal daripada pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas. Warna kapas ini berwarna putih.
Pantai Pulau Kapas yang putih bersih dan amat mengkagumkan bagi para pengunjung. Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia.



Pulau Redang


Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapameter dari tepi pantai.

Sumber: google.com


Thursday, March 15, 2012

Terengganu Syurga Membeli-belah


Giant Supermaket
Mydin Mall
Selamat datang buat pengunjung blog ini..Sudah lama rasanya tidak menyambung tulisan saya..
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda bahawa Terengganu merupakan syurga membeli-belah. Terdapat beberapa tempat yang anda patut luangkan masa melawati tempat-tempat ini sekiranya berada di Terengganu. Jadikan pengalaman anda sebagai yang terindah dengan bersantai di tempat beli-belah di Terengganu.


Antaranya ialah Mydin Mall, Giant Supermarket, Pasar Payang, Kampung Losong dan sebagainya..

Kg. Losong
Pasar Payang, Kuala Terengganu


Saturday, February 25, 2012

Are you the Schumacher reincarnate? Buzz around with a 2 stroke #GoKart at Speedway PLUS Circuit @ RM120.

Are you the Schumacher reincarnate? Buzz around with a 2 stroke #GoKart at Speedway PLUS Circuit @ RM120.

Friday, October 21, 2011

Tempat penginapan di Terengganu

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa tempat penginapan di Terengganu..Mungkin anda tercari-cari hotel yang murah tetapi selesa untuk anda beristirehat bersama keluarga..barangkali ada juga ibu bapa yang sanggup ke Terengganu semata-mata ingin berjumpa anak yang tersayang dan memerlukan tempat penginapan khas untuk mereka..


Di sini saya berikan sedikit info.Semoga ia membantu anda untuk membuat tempahan penginapan sepanjang berada di negeri yang terkenal dengan tema 'warisan pesisir air' ini..


Hotel Felda Residence
Hotel Tanjung Vista
Primula Beach Hotel

Hotel Seri Malaysia
Resort Tanjung Jara
jikalau ingin info lanjut, sila klik link di sebelah.. malaysiahoteltour.com

Thursday, October 13, 2011

BUDU PILIHAN RAMAI

Salam buat pengunjung blog ini...
khususnya pada mereka yang meminati makanan rakyat pantai Timur. Kali ini, saya ingin berkongsi sedikit mengenai makanan kegemaran saya iaitu budu..Kalau di tempat tinggal saya, budu ini diganti dengan sambal belacan yang diperah bersama asam limau..hmmm..sedap rasanya jika dimakan bersama ikan goreng atau ikan bakar. Begitu juga dengan budu, fungsinya hampir sama. Jikalau hendak menyediakan hidangan bersama budu..eloklah kiranya kita lihat antara bahan-bahan yang perlu disediakan bersama. Antaranya:

a) cili padi atau cili kampung (bil. cili terpulang pada individu)
b) bawang merah @ bawang besar yang telah dihiris nipis
c) 2 biji limau nipis @ limau kasturi

Kesemua bahan tadi dicampur bersama..Lagi sedap jika dimakan bersama ulam-ulaman seperti daun gajus, ulam raja, atau daun pegaga..Selamat Mencuba!!


LAKSAM 


Kita cerita pula satu lagi makanan yang perlu anda cuba hari ini iaitu laksam. Ia begitu sinonim dengan masyarakat pantai Timur. Bentuknya seperti kuew teow..tapi rasanya begitu lemak kerana kuahnya berasaskan ikan..mungkin anda boleh klik link di bawah untuk mengetahui lebih lanjut lagi..http://www.myresipi.com/top/detail/3265

Saturday, October 1, 2011

I'm taking a break from work to check out the new Samsung GALAXY SII :p #LoveMySII

I'm taking a break from work to check out the new Samsung GALAXY SII :p #LoveMySII