Friday, January 25, 2013

2013 tahun melawat Terengganu??

2013 adalah Tahun melawat Terengganu..

Salam dan selamat sejahtera buat pembaca blog ini..
Sudah lama tidak memberi info terbaru mengenai negeri Terengganu..Negeri yang kaya dengan pantainya..

Kali ini.. saya ingin memaklumkan bahawa 2013 merupakan tahun melawat negeri Terengganu.. Jadi, kepada anda yang sudah berumahtangga.. jangan lupa buat perancangan awal sebelum bermula cuti persekolahan akan datang.. Bukan sahaja bercuti ketika cuti persekolahan, bahkan anda juga boleh merancang percutian ketika hujung minggu.. Segala aktiviti yang ingin dilakukan dirancang dengan rapi, agar masa yang diluangkan bersama keluarga adalah masa yang berkualiti.. Bagi yang masih solo, anda juga boleh merancang percutian bersama ibu, ayah serta adik-beradik.. Pilih hari dan waktu yang sesuai agar aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan ketika bercuti tidak terganggu. 

Terengganu merupakan pilihan yang tepat bagi percutian anda.. Kenapa saya katakan begini?.. Ini kerana:

  • Ia mempunyai pemandangan yang sangat cantik dan sungguh permai
  • Pelbagai jenis makanan yang unik untuk anda mencuba seperti satar, keropok lekor, nasi dagang dll
  • Tempat penginapan yang selesa dan murah
  • Masyarakat negeri ini juga agak ramah
Jadi, cepat-cepat tempah tiket penerbangan atau bas bagi yang selesa menggunakan pengangkutan  awam.. Bagi yang nempunyai kenderaan sendiri dan tidak berniat untuk menggunakan pengangkutan awam, pastikan anda memeriksa kenderaan anda sebaiknya sebelum memulakan perjalanan untuk sampai ke destinasi anda ♥♥

Jika inginkan maklumat lanjut mengenai tempat penginapan dan tempat-tempat menarik, anda boleh lihat dalam artikel saya yang lepas..

Selamat Bercuti  :)

2013 tahun melawat Terengganu....